Kecewa dengan kononnya sistem ‘bidaan’ oleh platform lain? Takut maklumat peribadi terbongkar dalam sistem ‘bidding’ terbuka? Sila baca pedoman ‘Insider’ yang lebih 20 tahun pengalaman dalam pasaran used car market di Malaysia. Perkara di atas sering menjadi-jadi dan risikonya perlulah diberi perhatian oleh orang ramai.
APA RISIKONYA GUNA PROSES ‘BIDDING’ UNTUK JUAL KERETA ANDA? APA YANG NAK RISAU NI?
- Risiko Tinggi – Butir Individu Penjual Terdedah Tanpa Diketahui.
Apabila kereta anda dipamer di atas skrin paparan sistem bidaan oleh pihak tertentu, ini bermaksud beribu-ribu pihak yang tak dikenali akan mengetahui tentang butir peribadi anda. Melalui maklumat kereta sahaja, jpj dan insurans company mempunyai segala rekod penting tentang anda termasuk nama, IC, umur, tempat lahir, alamat tinggal, pekerjaan, status perkahwinan dan info lain senang diperolehi melalui internet. Maka sebelum kereta anda sempat dijual, butir peribadi anda sudah pun terpapar dedah secara umum oleh pihak tertentu. Tak hairan jika anda terima panggilan mesej bertubi-tubi daripada orang yang tak dikenali selepas itu. Ini seharusnya tidak patut berlaku sama sekali.
Inilah sebab kenapa negara maju lain seperti Australia pun tidak praktiskan apa nama proses ‘bidding’ untuk pemilik kereta yang nak jual kereta. Sebab ada risiko.
- Proses ‘Bidding’ Melibatkan Komisen Fi
Ramai tidak tahu. Bidding itu kena bayar komisen caj! Tak ada kerja percuma di dunia ini. Used car dealer yang berkenan dengan kereta anda dalam sistem ‘bidding’ berkenaan, kena bayar komisen fi kepada syarikat ‘bidding’ platform itu yang bertindak sebagai ‘Broker’. Ini bermaksud sebagai contoh: Harga offer dari used car dealer sebenarnya RM 30000 untuk kereta anda, tetapi akan ditolak komisen sebagai caj perkhidmatan (RM 1000 – RM 3000 atau lebih tinggi) sebelum disalur ke poket anda, maka wang yang bayar anda pada akhirnya menjadi lebih rendah dari yang sepatutnya.
Jadi, jual terus kepada used car lain mungkin lebih untung dan selamat. Tak perlu buang masa untuk perkhidmatan broker dan boleh jimat dari bayar ‘broker’ fi.
- Proses ‘Bidding’ Ambil Masa Panjang
Proses bidding jual kereta boleh ambil masa lebih dari 3 hari sehingga 2 minggu. Ini semua disebabkan wujudnya ‘Broker’ yang sebagai Orang Tengah. Broker itu ialah ‘bidding platform’ sendiri. Mereka akan mengerahkan tenaga dengan jentera untuk memeriksa, menyemak dan mempamirkan kereta anda secara ‘online’ dengan segala butir maklumat dan kondisi. (Sudah pasti kerahan jentera sedemikian BUKAN FREE). Mereka akan menghubungkan secara online dengan kononnya Pembeli Kereta dari sistem mereka iaitu Used Car Dealer. Dengan jaminan manis, anda diberitahu hanya perlu beberapa jam saja anda boleh tahu jawapan sama ada terdapat Used Car Dealer berminat terhadap kereta anda. Tetapi jangan lupa, proses yang melibatkan sebelum dan selepas bidaan tersebut adalah panjang, sebelum anda dapat wang penuh dari penjualan kereta anda. Ini tidak lagi termasuk situasi di mana Pembeli Kereta anda mungkin tersangkut atau mungkir janji pada saat-saat terakhir.
Cuba bayangkan situasi di mana kereta anda gagal dijual selepas banyak kerja dibuat dan banyak masa dibuang berulang-alik begitu sahaja. Untuk makluman semua, bukan semua jenis kereta boleh masuk sistem ‘bidding’ yang rumit dan banyak kes yang gagal dijual pada akhirnya.
- Kenapa Nak Pakai Broker Sedangkan Boleh Jual Terus
Semua ini boleh berlaku kerana anda membuang masa berurusan dengan ‘Broker’ dan bukannya bertemu dengan Pembeli Kereta yang sebenar. ‘Broker’ takkan keluar wang bayar anda. ’Broker’ itu ialah Orang Tengah atau kita panggil Middleman.
Hakikatnya, Broker tidak boleh menggantikan dan tidak boleh mewakili Pembeli Kereta anda. Jadi, kenapa tak bertemu dengan Pembeli Kereta yang Sebenar jika nak jual kereta?
KESIMPULANNYA,
BERHATI-HATI SUPAYA TIDAK MENCARI PIHAK ‘BROKER’ YANG HANYA AKAN MENYEBARKAN INFO PERIBADI ANDA. CARI TERUS KEDAI YANG TAHU KERETA ANDA, YANG YAKIN BELI TERUS DARI ANDA, DAN YANG MAMPU BAYAR ANDA TUNAI SETTLE SEGALA URUSAN DI KEDAI SECARA SEGERA ON THE SPOT. WANG CASH MASUK POKET TU YANG PALING PENTING SEKALI. NAK TUNGGU UNTUK KETAKPASTIAN, TAK PAYAH LAH.
AT EZSELLCAR, WE ARE NOT THE BROKER OR MIDDLEMAN LIKE OTHERS. WE ARE THE REAL DIRECT BUYER FOR YOUR CAR. WE CAN HAVE WONDERFUL CHATS WITH YOU ANYTIME ABOUT SELLING YOUR CAR:
In fact, managing a car’s buy & sell is not like other goods trading, because it involves a lot of mastery and recognition of theoretical till practical understanding about car’s variants. The same car model could derive into many different variants with separate engine and transmission codes. Different model variants could easily affect the car selling price in market due to the demand and supply factors. All these facts, information and skills can only be acquired through years of experience and also the deep passion for cars. In order to experience a wonderful selling process, it is always recommended to meet with the “Real Direct Buyer” who is equipped with knowledge about your car, so that you won’t waste your time at the end.